Ciast

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre 

for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor.
CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 1991.

CIAST  beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.



Cetak Emel
Visi
Organisasi peneraju dalam membangun dan memperkasakan pengajar bertaraf dunia dalam bidang kemahiran.
 
Misi
Membangunkan pengajar bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.
 
Objektif 
  • Melahirkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara
  • Meningkatkan tenaga pengajar secara berterusan dalam bidang kemahiran dan metodologi latihan mengikut perkembangan teknologi
  • Mewujud dan melaksanakan sistem kelayakan dan perlesenan tenaga pengajar
  • Memperkayakan kurikulum latihan kemahiran
  • Memperkukuhkan hubungan dan latihan antarabangsa
  • Memantapkan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi serta sistem pembelajaran elektronik dan multimedia
  • Menyediakan persekitaran dan kemudahan latihan yang kondusif dan relevan
  • Memupuk nilai-nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang sihat kepada tenaga pengajar
  • CIAST adalah dari singkatan "Centre for Instructor and Advanced Skill Training" ( Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan ). Cadangan penubuhan CIAST tercetus pada tahun 1979 oleh Kerajaan Malaysia. Turutan daripada hasil kajian penubuhannya, pembangunan CIAST telah berjaya disempurnakan pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN. Projek ini diselia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Kerajaan Jepun menerusi JICA sehingga 1991.
  •  
  • CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula 1991 sehingga Jun 2007 sebelum diserahkan pengurusannya dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian yang sama pada 1 Jun 2007. Tujuan pengalihan pengurusan ini adalah untuk mengembangkan lagi fungsi CIAST sediada dan memberi peluang untuk menerokai peluang-peluang baru dalam meningkatkan latihan kemahiran.

    CIAST menawarkan kursus latihan pengajar, latihan penyelia, latihan kemahiran lanjutan untuk pengajar kemahiran, penyelia dan coach industri serta pekerja mahir industri dari sektor awam dan swasta sehingga ke tahap antarabangsa. Latihan yang dijalankan di CIAST dikendalikan oleh pengajar berpengalaman dalam pelbagai bidang kemahiran.