Kolej Sentral

WARISAN JENGKA EDUCATION SDN BHD (KOLEJ SENTRAL)




Warisan Jengka Education Sdn Bhd ditubuhkan dengan matlamat menjalankan program-program akademik, kemahiran dan pembangunan serta pembentukan sahsiah diri, sejajar dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Pahang ke atas Daerah Maran sebagai Bandar Ilmu.
Kolej Sentral ditubuhkan pada 1998 dan mula beroperasi pada 19 Julai 1999, sebuah IPTS yang berfungsi sebagai pusat akademik, latihan kemahiran dan pengurusan di Bandar Jengka, Pahang selaras dengan usaha Kerajaan meningkatkan kuantiti serta kualiti IPTS di kawasan luar bandar.
Berdasarkan keperluan dan kepentingan pendidikan di peringkat lebih tinggi, Kolej Sentral menawarkan program di peringkat Asasi Sains dan Matrikulasi Pra-Perubatan dengan usahasama beberapa Universitas dan IPT lain di Indonesia serta program vokasional di peringkat Sijil dan Diploma (pengiktirafan JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

VISI

Menjadi sebuah IPTS unggul yang mengendalikan program profesional dengan menyepadukan sains, teknologi industri, pengurusan dan kemanusiaan .

MISI

Membangunkan generasi Malaysia profesional, berilmu, berinovasi, berdayasaing, bertaqwa dan mampu menerajui pembangunan.
Berusaha menjadikan KOLEJ SENTRAL sebagai pusat pendidikan serantau bagi koridor pantai timur.

OBJEKTIF

Menjadi sebuah pusat perkhidmatan dan latihan yang dinamik bagi membentuk generasi bermaklumat, berwawasan dan berwibawa.
Membentuk kreadibiliti serta meningkatkan keupayaan individu ke tahap optimum dengan menyediakan perkhidmatan dan latihan melalui kemudahan terkini dan teknik-teknik yang berkesan.
Sentiasa memastikan Warisan Jengka Education terkehadapan dalam segala aspek bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan .

PROGRAM KOLEJ
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA( SKM )
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
  • TELEKOMUNIKASI (PEMASANGAN, PENYENGGARAAN)
  • JURUTEKNIK ELEKTRIK
  • JURUKERJA PAIP
  • PERHOTELAN / PENYEDIAAN MAKANAN
ASASI SAINS
PRA-PERUBATAN (KEDOKTORAN, PERGIGIAN, FARMASI)
  • UNIVERSITAS PADJADJARAN
  • UNIVERSITAS SUMATERA UTARA
  • UNIVERSITAS GADJAH MADA
  • UNIVERSITAS AIRLANGGA
  • UNIVERSITAS TRISAKTI
  • UNIVERSITAS INDONESIA
  • UNIVERSITAS HASSANUDDIN
  • UNIVERSITAS BRAWIJAYA
  • UNIVERSITAS SRIWIJAYA
  • INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG

WISMA WARISAN,  26400 BANDAR T.A.R JENGKA, PAHANG, MALAYSIA
(T) 09 467 7777    (Fax) 09 467 6777
amran@kolejsentral.com

http://www.kolejsentral.edu.my