PENGENALAN KEPADA KABEL RANGKAIAN

Sunday, August 29, 2010

Kabel adalah pengantar bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke 
satu peralatan rangkaian yang lain.
Penggunaan kabel bergantung kepada beberapa faktor seperti :

i.       Kos yang akan digunakan
ii.      Jarak yang diperlukan
iii.     Jumlah komputer yang akan digunakan
iv.     Kelajuan yang dikehendaki atau diperlukan
v.      Keperluan (lebarjalur) seperti kelajuan data yang dikehendaki

         Terdapat beberapa jenis kabel yang biasanya digunakan dengan LAN       
         ( Local Area Network).Untuk sesetengah kes, rangkaian hanya menggunakan
         satu jenis kabel tetapi kebanyakan rangkaian menggunakan pelbagai jenis
 kabel.Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung pada 
 topologi, protokol dan saiz yang digunakan.Memahami ciri-ciri pelbagai 
 jenis kabel dan bagaimana ia berhubung kait dengan rangkaian amat
 penting untuk membina sistem rangkaian yang baik.

0 comments:

Post a Comment