KABEL SEPAKSI (COAXIAL CABLE)

Monday, August 30, 2010



Kabel sepaksi ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya. 
Walaupun pengkabelan coaxial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.

Kabel sepaksi yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel sepaksi yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.

Kabel sepaksi yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet. Angka 5 mewakili segmen maksima iaitu 500 meter. Kabel sepaksi ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar terutama pada topologi linear bas. Namun begitu, kekurangan kabel ini ialah ia amat sukar untuk dibengkokkan dan ini turut menyukarkan proses kemasukan (install).



RAJAH : COAXIAL CABLE
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kabel_sepaksi

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.. minta izin copy ye... terima kasih

Post a Comment