FIBER OPTIK

Wednesday, September 1, 2010

Fiber Optik adalah sejenis kabel yang menghantar data ataupun isyarat melalui cahaya. Cahaya
tersebut akan melalui satu saluran pertengahan kabel fiber yang dipanggil “Core”.


Rajah : Kabel Fiber Optik
LAPISAN-LAPISAN FIBER OPTIK :

a) Core - Merupakan lapisan yang paling dalam dan diperbuat daripada bahan kaca atau plastik fiber. Bertujuan untuk menghantar chaya atau maklumat data.


b) Cladding - Lapisan kedua yang bertujuan untuk melindungi Core supaya tidak rosak. Ia juga diperbuat daripada kaca ataupun plastik jenis fiber


c) Buffer Coating -  Merupakan salut plastik pada lapisan ketiga bertujuan sebagai cushion untuk tengah fiber yang melindungi Core danri berlakunya kerosakkan


d) Insulating Jacket - Adalah lapisan paling luar yang bertujuan untuk melindungi kabel fiber optik. Ia diperbuat daripada bahan jenis Teflon atau PVC.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Gentian_optik


0 comments:

Post a Comment