Pengenalan Alaterima

Thursday, September 2, 2010

Pengenalan Alaterima


Satu alaterima mudah hanya memerlukan satu antenna, satu diod, satu earphone dan pembumian. Antenna digunakan sebagai pemerangkap RF dari pemancar untuk ditukarkan kepada elektrik signal. Diod sebagai pengesan di mana upper side band(USB), lower side band(LSB) dan gelombang pembawa dipisahkan. Dengan ini maklumat audio terhasil sama seperti maklumat yang digunakan pada modulator di transmitter. Earphone akan menukarkan audio signal yang dikesan oleh diod kepada bunyi sementara litar pembumian digunakan untuk lengkapkan satu pusingan perjalanan arus.


Kelemahan-kelemahan Simple Receiver.
1.     Ianya tidak praktikal Contoh : arial yang panjang , mesti dibawa kemana-mana
2.     Tahap penerimaanya yang lemah (poor sensitivity)
3.     Tidak dapat memisahkan stesyen yang berhampiran (poor selectivity)
4.     Gangguan kepada pendengaran


C.Alaterima Hablur
Pada alaterima ini satu litar ternala di tambah untuk pemilihan siaran. Hablur digunakan sebagai pengesan. Jenis hablur yang biasa digunakn adalah galena atau kaborandum. Satu penambahan filter untuk penapisan dan earphone sebagai penghasilan bunyi. Walaubagaimanapun ianya masih lemah kerana memerlukan arial yang panjang. Pemilihan siaran masih lagi lemah (selectivity) kepekaan masih lagi rendah(sensitivity. Masih lagi tiada penguat. Bagi mengatasi masalah ini beberapa perubahan perlu dilakukan. Umpamanya penambahan litar elektronik yang menggunakan bekalan kuasa, amplifier dan speaker. Untuk menambahkan kecekapan selectivity, litar ternala ditambah bagi menambah kan keupayaan untuk menyingkirkan signal yang tidak dikehendaki.



0 comments:

Post a Comment